Rabu, 1 Jun 2011

~ OPKIM PIBA 11 ~



Bismillahirrahmanirrahim..

6-9 Mei 2011~

Jerantut Pahang~

Meninggalkan kenangan manis dan alhamdulillah p'jalanan program b'jalan lancar~

Mabrukk!!

Kepada semua sahabat PIBA~

Malam sebelum b'tolak~








Program motivasi kpd adik2 SK Kuala Tahan, Jerantut Pahang~


Sukaneka b'sama penduduk Felcra Tembeling Tengah~

Aktiviti di Taman Negara~




Penutupan majlis ~



Rabu, 13 Oktober 2010

Tanda-tanda Kematian Seseorang

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.



40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.



7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.



3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.



sumber : Tausyiahislamiyyah

Sabtu, 25 September 2010

.: Akibat Menjatuhkan Maruah Orang

Ayuh luangkan sedikit masa anda untuk membaca cerita kat bawah ni kerana ZB percaya ada sesuatu yang sangat berguna untuk kita ambil dan jadikan iktibar. Klik pada gambar untuk besarkan.


Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita di atas, jangan sesekali menjatuhkan maruah orang lain lebih-lebih lagi dengan niat untuk kepentingan diri sendiri kerana apa yang mungkin berlaku dikemudian hari adalah berpunca dari kelakuan kita hari ini (hukum karma). Jadi, beringat-ingatlah.


Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A367003&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz10Yx9ZSCD

Khamis, 23 September 2010

Tips Melalui Putus Cinta yang patut anda buat...

Cinta memang manis dan indah bila diakhiri dgn. ikatan yang sah. Bagaimana pula dengan cinta yang putus di tengah jalan. Tentu perit utk. menghadapinya... apatah lagi bila bekerja di satu pejabat. Mungkin dengan panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah gulana, kepedihan & rasa kecewa yang dialami.

1. Berdamai dengan diri sendiri. Manjakan diri anda ie mandi sauna, urut aromaterapi dan sebagainya. Jangan ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yang diinginkan. Usah pedulikan komen-komen orang lain.

2. Hindari dari membuat keputusan besar kerana keadaan anda masih dalam kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.

3. Berbicara dengan orang yang anda percayai. Dengan mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yang boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah bertemu kawan lama yang dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dgn. demikian akan akan lebih mempercayai diri

6. Jangan melarikan diri, dengan mengalih perasaan kepada orang lain. Orang yang baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru untuk menepis kesunyian. Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dengan binatang kesayangan seperti kucing, arnab harimau, buaya.. dan sebagainya. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.

8. Jika anda membenci bekas kekasih..tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

9. Jangan ragu memberi 'komplimen' untuk diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga dan letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dgn. bunga lain. Suka orang, beli orang.. eh.. silap hihiii

10. Makan tepat pada waktunya. Jgn. menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dengan cepat tapi jangan pula hilang selera makan kerana anda akan jadi tidak bermaya. Makanlah dengan tepat dan sihat.

11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'.

12. Lakukan hobi yang anda sukai ie. membaca, menonton tv, berkebun, apa-apa je lah yang sesuai..

13. Jgn. 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dalam hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.

Tambahan:- Anggaplah putus cinta itu adalah satu 'persinggahan' dalam kehidupan. Berfikirlan secara positif untuk menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg. terbaik untuk diri anda. Sesuatu yg. terjadi ada kebaikan di sebaliknya. Sebagai seorang Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yang tersirat di hati kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar andadapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan.

Pastinya pengganti yang Allah berikan nanti lebih baik dari sidia yang telah mengecewakan anda. Dengan syarat, anda berdoalah agar mendapat yang terbaik dari sebelumnya…kerana ada ketika, bagaimana cinta pun anda dengan sidia, Allah swt lah yang mendorong terputusnya cinta yang membara kerana DIA telah menyediakan yang terbaik buat anda,tapi dengan syarat, anda harus berusaha mencarinya kerana ALLAH LEBIH TAHU APA YANG KITA PERLU DARI APA YANG KITA MAHU.

semoga cinta baru yang bersenandung seirama dengan CINTA ALLAH...iaitu yang diredhai dan diberkati NYA...amin

~Ummi Nur Jannah~
0108.21012010


Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A276177&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz10PIl1l4J

doa yg slalu kita lupa maknanya

Kali ini saya ingin kongsikan perihal doa yang selalu kita baca kita duduk antara dua sujud yang sering kita lupakan atau hayati maksud atau maknanya. Memang kita ini memang sentiasa lupa terutama diri saya sendiri. Semoga kita semua di berkati dan di rahmati Allah s.w.t.

Hayatilah hidup ini setiap saat. Setiap saat itu adalah NIKMAT yang tidak ternilai. Tidak kira apa jenis keadaan yang kita sedang hadapi pun. Bersyukurah dan berterima kasihlah setiap masa.

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud.

Dalam tidak sedar.Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Janganlah buka aib yang Allah dah tutupkan. Minta petunjuk dan hidayah Allah.

Warfa’nii (angkatlah darjatku)
Mohonlah supaya darjat kita diangkat menjadi hamba Allah yang saleh dan solehah.

Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Ingatlah, Allah lah yang memberi REZEKI. Rezeki seseorang itu telah di tetapkan.

Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Mohonlah petunjuk dan hidayah Allah supaya di tunjuki jalan yang di redhai Allah.

Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Mohonlah kesihatan supaya kita dapat beribadah.

Wa’fuannii (maafkan aku)

Mohon keampunan dari Allah setiap masa.

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita kepada Allah. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini. Sebuah doa yang kita hanya lupakan begitu sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati kita tidak hadir dan sungguh-sungguh.

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A366578&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz10PI6jfks

para rasul adalah manusia paling bijak


Para Rasul adalah manusia yang paling bijak dan cerdik yang dipilih oleh Allah S.W.T. Barangsiapa yang benar-benar beriman dengan rukun iman kepada para anbiya' dan mursalin, ertinya dia akan meneladani aspek kebijaksanaan yang wujud pada setiap para Rasul. Demikianlah sedikit rumusan yang saya perolehi dari kitab Manhaj Haraki karangan Syekh Munir al-Ghadhban ketika ghairah mengkaji fakta-fakta tersurat dan tersirat di sebalik perang Ahzab (Khandaq) yang menyerlahkan beberapa elemen fathanah (kebijaksanaan) Nabi S.A.W.
“Ketika kita menggunakan istilah kebijaksanaan, kita tidak seharusnya lupa bahawa kita sedang berhadapan dengan Rasul yang turun ke atasnya wahyu Ilahi. Sesungguhnya Rasul dilengkapi oleh Tuhannya.

Namun kita dalam masa yang sama tetap yakin bahawa Muhammad S.A.W adalah penghulu sekalian anak-anak Adam dan beliaulah sebaik-baik manusia. Jika terdapat di kalangan manusia seorang yang amat bijak, maka baginda lebih bijak daripadanya tanpa syak lagi. Hal ini perlu dijelaskan kerana kita sering menyangka bahawa Muhammad hanyalah sebagai alat untuk menerima wahyu Ilahi semata, kemudian menyebarkannya di kalangan manusia.

Namun hakikatnya ialah sejak awal-awal lagi Allah telah memilih “yang terbaik” dari kalangan makhluk untuk menyampaikan perutusan-perutusan-Nya. Mereka yang terpilih harus memiliki kebijaksanaan (fathanah), kecerdasan dan kepintaran yang tidak dimiliki oleh selain mereka atau ia bersifat lebih dari yang lain.

Firman Allah S.W.T :
"Apabila datang sesuatu ayat kepada mereka, mereka berkata : "Kami tidak akan beriman sehingga diberikan kepada kami serupa dengan apa yang telah diberikan kepada utusan-utusan Allah". Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan..." (surah al-An'am : 124)

Di sini perlu dijelaskan tentang satu poin yang agak penting ketika kita membicarakan topik pemilihan Muhammad sebagai Rasul. Poin ini ialah pemilihannya sebagai ikutan manusia sejagat, di mana semua manusia boleh mengikut atau mencontohi pembawakannya. Manakala dari aspek wahyu Ilahi pula, ia sudah sampai ke titik penghujung ketika wafatnya beliau. Oleh kerana itu Allah telah memilih dari kalangan manusia juga untuk menyampaikan perutusan-Nya, bukan seorang malaikat.

Firman Allah S.W.T :
"Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi rasul, sehingga) mereka berkata dengan penuh hairan : "Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul ?" Katakanlah (wahai Muhammad) : Kalau ada di bumi malaikat yang berjalan serta tinggal mendiami, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi Rasul." (surah al-Isra' : 94-95)

Para pendakwah sering dikejutkan apabila mereka bercakap sesuatu tentang Rasul, tiba-tiba terdengar suara-suara sumbang mengatakan, "Itu adalah Rasul, sedangkan kita bukan Rasul." Sesungguhnya itu adalah kalimah yang benar tetapi ia digunakan pada jalan yang batil. Mereka ingin terlepas dari tanggungjawab dan bebas dari menjalankan suruhan Islam (agar turut sama membijaksanakan diri) dengan berlindungkan ungkapan ini. Benar, beliau Rasulullah dan (perlu diingatkan) juga benar baginda adalah ikutan sejagat (ummat sepanjang zaman sebagaimana dalam surah al-Ahzab : 21).


Jika kita merenung perbahasan ini dari sudut (faktor) kemanusiaan yang dimiliki oleh Rasulullah, kesungguhan baginda memerangi musuh serta perancangan untuk merealisasikannya, maka akan muncul satu perbahasan berikutnya iaitu dari sudut berlakunya beberapa siri mukjizat Ilahi yang mengiringi dakwah Rasulullah S.A.W susulan dari (tindakan) sekumpulan orang mukmin yang berjaya (membawa tentera Islam) meraih kemenangan (dengan faktor kebijaksanaan). Oleh itu kita cuba meneladani baginda dari sudut melihatnya sebagai manusia biasa, seperti dalam kesungguhannya berperang dan sebagainya yang telah disebutkan sebelum ini. Bermula dari sinilah dengan kehendak Allah kita akan mencapai bantuan Ilahi dan keramat Ilahiah yang diberi kepada wali-wali Allah, sebagaimana mukjizat kepada para Nabi dan Rasul yang terpilih.

Syekh Said Ramadhan al-Buthi ketika mensyarahkan maksud 'uswah hasanah' Rasululilah memberikan suatu huraian yang cukup bermakna :

"Sejarah Muhammad S.A.W menghidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang :

1) anak muda yang waras akal fikirannya (model anak muda)
2) peribadi yang dipercayai keluarga dan sahabat (model sahabat dan ahli keluarga)
3) seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah dengan lemah lembut dan bersopan santun (model pendakwah)
4) seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah (model pejuang jihad)
5) seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar (model ahli politik)
6) seorang suami yang halus pergaulannya (model suami)
7) seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan pada anak dan isteri-isterinya (model bapa)
8) seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan taktik strategi persediaannya (model ketua tentera)

Kesimpulannya, baginda seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan masa kepada Allah, keluarga dan sahabat handai. Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad S.A.W ialah memahami semua sudut kemanusiaan itu sendiri"


Rujukan :
1. Bab 23, Kebijaksanaan Perancangan Kepimpinan, halaman 303-306, kitab Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi S.A.W (Jilid 2), Syekh Muhammad Munir al-Ghatban (terbitan Pustaka Darussalam Sdn Bhd)
- kitab dalam bahasa Arab (terbitan Darul Wafa') terdapat dalam mukasurat 291-292 dalam bab عبقرية التخطيط القيادي

2. Bab Peranan dan Perlunya Riwayat Hidup Nabi Muhammad Dalam Memahami Islam, halaman 17-20, Fiqh al-Sirah (Jilid 1), Syekh Muhammad Said Ramadhan al-Buti (terbitan Dewan Pustaka Fajar)


Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A366572&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz10PHjWGTA

Rabu, 22 September 2010

ajaibnya selawat



Acap kali.. sering.. selalu, malah macamnya jatuh wajib bilamana di kaca TV selepas subuh, di radio – mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama – berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya. Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.
1. Sabda Rasullah saw: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi saw: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabi saw: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Wallahu a’lam.

~UNJ


Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A289134&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz10Fa5sbaY

Selamat Menempuh Peperiksaan Buat Sumer..chaiyok3!!