Para Rasul adalah manusia yang paling bijak dan cerdik yang dipilih oleh Allah S.W.T. Barangsiapa yang benar-benar beriman dengan rukun iman kepada para anbiya' dan mursalin, ertinya dia akan meneladani aspek kebijaksanaan yang wujud pada setiap para Rasul. Demikianlah sedikit rumusan yang saya perolehi dari kitab Manhaj Haraki karangan Syekh Munir al-Ghadhban ketika ghairah mengkaji fakta-fakta tersurat dan tersirat di sebalik perang Ahzab (Khandaq) yang menyerlahkan beberapa elemen fathanah (kebijaksanaan) Nabi S.A.W.
“Ketika kita menggunakan istilah kebijaksanaan, kita tidak seharusnya lupa bahawa kita sedang berhadapan dengan Rasul yang turun ke atasnya wahyu Ilahi. Sesungguhnya Rasul dilengkapi oleh Tuhannya.
Namun kita dalam masa yang sama tetap yakin bahawa Muhammad S.A.W adalah penghulu sekalian anak-anak Adam dan beliaulah sebaik-baik manusia. Jika terdapat di kalangan manusia seorang yang amat bijak, maka baginda lebih bijak daripadanya tanpa syak lagi. Hal ini perlu dijelaskan kerana kita sering menyangka bahawa Muhammad hanyalah sebagai alat untuk menerima wahyu Ilahi semata, kemudian menyebarkannya di kalangan manusia.
Namun hakikatnya ialah sejak awal-awal lagi Allah telah memilih “yang terbaik” dari kalangan makhluk untuk menyampaikan perutusan-perutusan-Nya. Mereka yang terpilih harus memiliki kebijaksanaan (fathanah), kecerdasan dan kepintaran yang tidak dimiliki oleh selain mereka atau ia bersifat lebih dari yang lain.
Firman Allah S.W.T :
"Apabila datang sesuatu ayat kepada mereka, mereka berkata : "Kami tidak akan beriman sehingga diberikan kepada kami serupa dengan apa yang telah diberikan kepada utusan-utusan Allah". Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan..." (surah al-An'am : 124)
Di sini perlu dijelaskan tentang satu poin yang agak penting ketika kita membicarakan topik pemilihan Muhammad sebagai Rasul. Poin ini ialah pemilihannya sebagai ikutan manusia sejagat, di mana semua manusia boleh mengikut atau mencontohi pembawakannya. Manakala dari aspek wahyu Ilahi pula, ia sudah sampai ke titik penghujung ketika wafatnya beliau. Oleh kerana itu Allah telah memilih dari kalangan manusia juga untuk menyampaikan perutusan-Nya, bukan seorang malaikat.
Firman Allah S.W.T :
"Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi rasul, sehingga) mereka berkata dengan penuh hairan : "Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul ?" Katakanlah (wahai Muhammad) : Kalau ada di bumi malaikat yang berjalan serta tinggal mendiami, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi Rasul." (surah al-Isra' : 94-95)
Para pendakwah sering dikejutkan apabila mereka bercakap sesuatu tentang Rasul, tiba-tiba terdengar suara-suara sumbang mengatakan, "Itu adalah Rasul, sedangkan kita bukan Rasul." Sesungguhnya itu adalah kalimah yang benar tetapi ia digunakan pada jalan yang batil. Mereka ingin terlepas dari tanggungjawab dan bebas dari menjalankan suruhan Islam (agar turut sama membijaksanakan diri) dengan berlindungkan ungkapan ini. Benar, beliau Rasulullah dan (perlu diingatkan) juga benar baginda adalah ikutan sejagat (ummat sepanjang zaman sebagaimana dalam surah al-Ahzab : 21).
Jika kita merenung perbahasan ini dari sudut (faktor) kemanusiaan yang dimiliki oleh Rasulullah, kesungguhan baginda memerangi musuh serta perancangan untuk merealisasikannya, maka akan muncul satu perbahasan berikutnya iaitu dari sudut berlakunya beberapa siri mukjizat Ilahi yang mengiringi dakwah Rasulullah S.A.W susulan dari (tindakan) sekumpulan orang mukmin yang berjaya (membawa tentera Islam) meraih kemenangan (dengan faktor kebijaksanaan). Oleh itu kita cuba meneladani baginda dari sudut melihatnya sebagai manusia biasa, seperti dalam kesungguhannya berperang dan sebagainya yang telah disebutkan sebelum ini. Bermula dari sinilah dengan kehendak Allah kita akan mencapai bantuan Ilahi dan keramat Ilahiah yang diberi kepada wali-wali Allah, sebagaimana mukjizat kepada para Nabi dan Rasul yang terpilih.
Syekh Said Ramadhan al-Buthi ketika mensyarahkan maksud 'uswah hasanah' Rasululilah memberikan suatu huraian yang cukup bermakna :
"Sejarah Muhammad S.A.W menghidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang :
1) anak muda yang waras akal fikirannya (model anak muda)
2) peribadi yang dipercayai keluarga dan sahabat (model sahabat dan ahli keluarga)
3) seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah dengan lemah lembut dan bersopan santun (model pendakwah)
4) seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah (model pejuang jihad)
5) seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar (model ahli politik)
6) seorang suami yang halus pergaulannya (model suami)
7) seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan pada anak dan isteri-isterinya (model bapa)
8) seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan taktik strategi persediaannya (model ketua tentera)
Kesimpulannya, baginda seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan masa kepada Allah, keluarga dan sahabat handai. Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad S.A.W ialah memahami semua sudut kemanusiaan itu sendiri"
Rujukan :
1. Bab 23, Kebijaksanaan Perancangan Kepimpinan, halaman 303-306, kitab Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi S.A.W (Jilid 2), Syekh Muhammad Munir al-Ghatban (terbitan Pustaka Darussalam Sdn Bhd)
- kitab dalam bahasa Arab (terbitan Darul Wafa') terdapat dalam mukasurat 291-292 dalam bab عبقرية التخطيط القيادي
2. Bab Peranan dan Perlunya Riwayat Hidup Nabi Muhammad Dalam Memahami Islam, halaman 17-20, Fiqh al-Sirah (Jilid 1), Syekh Muhammad Said Ramadhan al-Buti (terbitan Dewan Pustaka Fajar)

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A366572&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz10PHjWGTA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan